Contoh Pengiraan Mudah:
Terdapat
sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri , dan 5 orang anak
(2 orang lelaki , 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari ,
si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah
suami berbaki RM3 juta setelah ditolak.
Pengurusan jenazah:
ü Selesaikan segala
hutang piutang yang ada
ü Wasiat (tak lebih 1/3
daripada jumlah kesulurhan harta pusaka)
Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris
arwah mengikut system Faraid adalah seperti:
ü Bahagian si
ayah 1/6
ü Bahagian si ibu 1/6
ü Bahagian si isteri
1/8
ü Anak – anak pula akan
dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak
perempuan pula akan terima 1 bahagian.
Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:
WARIS
|
PENGIRAAN
|
JUMLAH
|
Ayah
|
RM3
juta x 1/6
|
RM500,000
|
Ibu
|
RM3
juta x 1/6
|
RM500,000
|
Isteri
|
RM3
juta x 1/8
|
RM375,000
|
Setiap
anak lelaki*
|
RM1.625
juta x 2/7
|
RM464,285
|
Setiap
anak perempuan*
|
RM1.625
juta x 1/7
|
RM232,146
|
*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah
ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak
lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti
rajah di bawah:
BAHAGIAN
|
2
|
2
|
1
|
1
|
1
|
ANAK
|
L1
|
L2
|
P1
|
P2
|
P3
|
= 7 Bahagian
Di
atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa
yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang
biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.