Wednesday, 7 February 2018

DEFINISI HARTA PUSAKA MENURUT SIVIL

Definisi Harta Pusaka menurut undang-undang sivil pula adalah seperti berikut iaitu menurut kamus Osborn’s Concise Law Dictionary telah menyatakan bahawa definisi harta pusaka ialah harta yang mana telah diperturunkan atau diwariskan daripada seseorang kepada pewarisnya. 

Menurut Elizabeth A. Martin di dalam kamusnya A Dictionary of Law telah mendefinisi harta pusaka sebagai penyerahan harta oleh pemunya harta ketika sampai ajalnya kepada pewarisnya. Tatkala waktu itu, pemilik harta melengkapkan wasiatnya atau mengikut peraturan yang berkaitan dengan pusaka tanpa wasiat untuk ditakbirkan
Menurut seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 di dalam tafsirannya telah mendefinisikan “harta” bermaksud meliputi sesuatu benda dalam tindakan dan apa-apa kepentingan dalam harta alih dan harta tak alih. Manakala maksud “harta pusaka” menurut seksyen berkenaan beerti semua harta yang jika seseorang mati tak berwasiat akan terletak hak pada Hakim Besar. 

Menurut pendapat Jeremy Bentham di dalam sesebuah bukunya telah mengatakan bahawa harta pusaka ialah harta seseorang setelah matinya yang mesti dibahagikan mengikut tiga perkara berdasarkan undang-undang Perancis iaitu penghidupan anggota baru, menjauhkan diri putus harapan, dan mendekatkan diri kepada persamaan dalam harta. 

No comments:

Post a Comment

ISU-ISU HARTA PUSAKA: Kami harap maklumat ini serba sedikit dapat membantu se...