Wednesday, 7 February 2018

ISU-ISU HARTA PUSAKA:



Kami harap maklumat ini serba sedikit dapat membantu sesiapa yang ingin tahu tentang harta pusaka. Rancanglah agihan harta pusaka untuk orang yang tersayang,asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak. Namun Allah swt adalah perancang terbaik dan mengetahui segala-galanya.
Wallahualam.
TERIMA KASIH
J



SUMBER RUJUKAN :-

  • https://www.eztakaful.com.my/pembahagian-harta-pusaka-menurut-hukum-faraid/
  • http://mahir-al-hujjah.blogspot.my/2008/07/konsep-harta-pusaka.html 


Contoh Pengiraan Mudah:

Terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri , dan 5 orang anak (2 orang lelaki , 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari , si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah suami berbaki RM3 juta setelah ditolak.
Pengurusan jenazah:

ü Selesaikan segala hutang piutang yang ada
ü Wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah kesulurhan harta pusaka)
Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut system Faraid adalah seperti:
ü  Bahagian si ayah 1/6
ü Bahagian si ibu 1/6
ü Bahagian si isteri 1/8
ü Anak – anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:
WARIS
PENGIRAAN
JUMLAH
Ayah
RM3 juta x 1/6
RM500,000
Ibu
RM3 juta x 1/6
RM500,000
Isteri
RM3 juta x 1/8
RM375,000
Setiap anak lelaki*
RM1.625 juta x 2/7
RM464,285
Setiap anak perempuan*
RM1.625 juta x 1/7
RM232,146

*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti rajah di bawah:

BAHAGIAN
2
2
1
1
1
 ANAK
L1
L2
P1
P2
P3
 = 7 Bahagian


Di atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.


Hukum Yang Wajib Anda Tahu:
Pembahagian harta pusaka menurut islam selepas berlakunya kematian seseorang islam maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggal. Hak-hak tersebut telah pun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid:

Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem Faraid ini dikhuatiri akan berlakunya

·        Memakan harta anak yatim
·        Memakan harta saudara-mara
·         Memakan harta baitumal



KADAR ASAS PEMBAHAGIAN :

Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar asas pembahagian adalah seperti berikut :
1.Suami
·         ½ jika si mati (isteri) tidak mempercayai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dank e bawah.
·         ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dank e bawah.
2.Isteri
·         1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dank e bawah.
·         1/8 jika si mati (suami) mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah.
3.Bapa
·         1/6 jika si mati mempunyai anak (lelaki/perempuan) atau cucu dan ke bawah.
·         1/6 + asobah: Jika simati tidak mempunyai anak (lelaki/perempuan).
4.Ibu
·         1/6 jika si mati mempunyai anak, atau cucu perempuan daripada anak lelaki ke bawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan)
·         1/3 dari kesuluruhan harta: Jika si mati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak ke bawah.
·         1/3 dari baki harta: Jika si mati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
5.Anak Perempuan
·         ½ jika seorang:
·         2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata:
·         Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/perempuan) 2:1
6.Anak Lelaki
·         Dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang:
·         Asabah bilghairi: jika si mati mempunyai anak (lelaki/perempuan) 2:1.

Bahagian Hartanah Yang Boleh Dibahagikan:
Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak:
·       Segala pembiayaan pengurusan jenazah
·        Hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dan lain-lain)
·       Atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak.
Bentuk Harta Yang Boleh Dibahagikan:
·       Tanah, bangunan (rumah, kilang, gudang dan lain -lain)
·       Insurans, saham, bon, wang tunai, dan lain-lain (sama ada dilaburkan atau tidak)
·        Tanah kebun lading dan lain-lain

·       Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain

JENIS-JENIS HARTA PUSAKA
Berdasarkan undang-undang yang terdapat di Malaysia , harta pusaka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-
  • Harta Pusaka Kecil, 
  • Harta Pusaka Besar (Biasa)
  • Harta Pusaka Ringkas.

WARIS YANG SAH DAN LAYAK
Menurut istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan dibawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti :
  • Anak
  • Isteri
  • Suami

  • Ibu , Bapa dan lain-lain
DEFINISI HARTA PUSAKA MENURUT SIVIL

Definisi Harta Pusaka menurut undang-undang sivil pula adalah seperti berikut iaitu menurut kamus Osborn’s Concise Law Dictionary telah menyatakan bahawa definisi harta pusaka ialah harta yang mana telah diperturunkan atau diwariskan daripada seseorang kepada pewarisnya. 

Menurut Elizabeth A. Martin di dalam kamusnya A Dictionary of Law telah mendefinisi harta pusaka sebagai penyerahan harta oleh pemunya harta ketika sampai ajalnya kepada pewarisnya. Tatkala waktu itu, pemilik harta melengkapkan wasiatnya atau mengikut peraturan yang berkaitan dengan pusaka tanpa wasiat untuk ditakbirkan
Menurut seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 di dalam tafsirannya telah mendefinisikan “harta” bermaksud meliputi sesuatu benda dalam tindakan dan apa-apa kepentingan dalam harta alih dan harta tak alih. Manakala maksud “harta pusaka” menurut seksyen berkenaan beerti semua harta yang jika seseorang mati tak berwasiat akan terletak hak pada Hakim Besar. 

Menurut pendapat Jeremy Bentham di dalam sesebuah bukunya telah mengatakan bahawa harta pusaka ialah harta seseorang setelah matinya yang mesti dibahagikan mengikut tiga perkara berdasarkan undang-undang Perancis iaitu penghidupan anggota baru, menjauhkan diri putus harapan, dan mendekatkan diri kepada persamaan dalam harta. 
DEFINISI HARTA PUSAKA MENURUT ISLAM 

Pusaka atau al-mirath dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر) bermaksud al-baqa’ (البقاء) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirath pada makna ism maf’ul (اسم المفعول) pula bermaksud asal atau baki . Dari segi istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkab kematian pewaris . Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirath pada istilah ialah perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup, sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindah, harta yang tidak boleh dipindah, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyar dalam jual beli, hak syuf’ah, dan hak qisas).

Mengikut mazhab hanafi pula telah mendefinisikan al-tarikah sebagai segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta termasuklah harta alih dan harta tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat sesetengah pendapat mengatakan bahawa al-tarikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, al-tarikah menurut pendapat jumhur ulama ialah harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang masih hidup. 


Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah. Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati . Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha’ mendefinisikan al-tarikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris . 


Menurut Imam Ramli iaitu ulama mazhab Syafi’I di dalam kitab Nihayah Al-Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai “apa-apa yang ditinggalkan untuk orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil dari pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya di masa hidupnya”



Sunday, 4 February 2018

Pengurusan Harta Pusaka

PENGURUSAN HARTA PUSAKA


AHLI KUMPULAN:
ALIA NATASHA BINTI ABDUL RAZAK
16DPR17F1012
SARAH BUSYRA BINTI MASRI
16DPR17F1083
SITI NURFATEHAH BINTI MD DA’AIN
16DPR17F1076

SESI JUN 2017

PENGENALAN

 Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ini. Harap kamu semua dalam keadaan yang sihat sejahtera. Dalam blog ini kami ingin menerangkan serba sedikit tentang pengurusan harta pusaka. Diharap ianya memberi manfaat kepada mereka yang mencari tentang pengurusan harta pusaka. 


ISU-ISU HARTA PUSAKA: Kami harap maklumat ini serba sedikit dapat membantu se...